About Me

Seorang yang kool, kachak plus plus hensem , wanita muslimah bertudung labuh itu bukan aku , tetapi seseorang yang sentiase berusaha mencuba kearah itu, Err , pernah bercita-cita nak berjumpa dengan seekor superman yang boleh selamatkan aku ketika aku jatuh longkang suatu hari nanti , selain itu , teringin nak berjumpa dengan pencipta kereta , yang boleh mengerakkan kereta tersebut tanpa menggunakan sepinggan minyak petrol malah kereta itu dapat bergerak dengan menggunakan paswed "Ahmad Fitra hensem" , seandainya awak awak semua yang cun plus gojes terjumpa insan-insan di atas , sila maklumkan kepada tuan belog ini ,TQ
Wishlist

Belog ini sama sekali tidak sesuai bagi mereka yang elergik atau semput dengan cerita-cerita cintan-cintun saye , pihak berwajib belog ini sama sekali tidak hingin atau tidak langsung bertanggungjawab di atas kes sewel, hilang ingatan atau meragut nyawa selepas membace belog yang kurang gojes plus plus osemm ini , sekian terima kasih :) Bacalah post post di belog ini dengan penuh rasa kasih sayang dan sangat teruja seperti dapat sebijik lolipop percuma dari insan tersayang , sila jangan ade perasaan nak tampar plus plus tumbuk muka pihak berwajib belog ini selepas membace entry di sini , sekiranya anda bersikap sedemikian , semestinya , anda seorang yang tidak kacak plus plus gojes ye sayang . so , sila tinggal kan belog ini dengan segera . Sebarang pertanyaan atau unsur-unsur "busuk" boleh dipanjangkan kepada tuan tanah belog ini,TQ
The Time

♥April 2011 ♥May 2011 ♥June 2011 ♥July 2011 ♥August 2011 ♥September 2011 ♥January 2012 ♥March 2012 ♥April 2012 ♥June 2012 ♥July 2012 ♥October 2012 ♥November 2012
Stuff

Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend
air mata seorang isteri
Monday, 27 June 2011 | 02:34 | 0 comments

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia"

.
bisikan iman :)
| 02:26 | 0 comments
Sekali sekala dalam tafakurmu,
Merenung dan muhasabah diri...
Kenalkanlah bisikan-bisikan yang berdesir di hatimu
Untuk dikenali punca dan penyakitnya,
Dan seterusnya untuk kau ubati.
Pasangkanlah telinga batinmu,
Dengarkanlah cetusan keluh kesah,
Ataukah kagum,
bangga dan megah Dan seribu satu kehendak dan rungutan,
Yang jarang merendahkan hatimu
Untuk sujud penuh kehambaan,
Ke hadrat Tuhan….

Inilah petanda jiwamu berpenyakit,
Dimamahi ulat-ulat mazmumah
Kerana hatimu kini dikuasai nafsu
Yang membusukkan hati,
Memburukkan perilaku.
Ubatlah ia dengan mujahadah,
Agar ia pulih ke tahap mahmudah.
Kemudian berusahalah memiliki iman,
Yang kau dituntut atasnya selepas Islam,
Akan terubatlah penyakitmu dengan kaedah:
“ketahuilah, bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”
-Ar Raad : 28.

Lantaran iman itu ialah…
Punca tenaga,
tempat lahirnya Segala- gala yang kau perlukan dalam hidup,
Mencipta jua meletakkan jiwamu,
Dalam keadaan yang serba sempurna.
Imanlah sebenar-benar hartamu,
Yang akan memperkayakan jiwamu.
Hatimu, akan memandang dunia ini
Tepat pada hakikatnya:
Hanyalah bangkai….
Dan hiburan yang memperdayakan
Kau pastinya tidak akan merelakan,
Dirimu menjadi anjing pemburu.

Iman ialah kekuatan
Menjadikan kau optimis dengan takdir Tuhan,
Tidakkan pernah berputus asa,
Tidak mengenal erti kecewa.
Bahkan jiwa akan kebal menempuh rintangan
Bersemangat kental meneruskan perjuangan.
Takutmu hanya pada Allah jua
Atau apa-apa yang bakal mencacatkan hubunganmu dengan Tuhan.

Maka dikala itu pula I
man akan mendidikmu menjadi insan
Yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi.
Tidak merelakan perlakuan mungkar,
Peka kepada kebajikan sekalipun sekadar
Membuang duri dari jalanan….
Iman jualah…
Sahabatmu yang karib lagi setia
Yang akan sentiasa bersamamu
Dalam suka ia akan mengingatkan…
“bersyukur dengan rahmat Tuhanmu…”
dalam duka, ialah penenang
“berserahlah kepada Allah,
inilah tarbiah tanda kasih-Nya
dan penghapusan dosamu yang lalu.”

Ia akan membimbingmu kepada
Kebahagiaan hidup yang engkau harap-harapkan,
Tiadakan tergugat,
seberat manapun dugaan.
Segalanya tenggelam ,
dalam kemanisan rasa
Ujian bagimu adalah penyubur jiwa.
Bahkan mati sekalipun,
Adalah syarat untuk menemui cinta!
Lantaran bagi mukmin sejati
cintanya hanya untuk Tuhan dan ujian dariNya adalah cenderamata percintaan.

Iman jualah yang bakal mengawalmu
Dari serangan musuh lahir dan batin.
Hati yang beriman akan bertawakal
Dengan bantuan Allah yang dijanjikan…
“sesungguhnya Allah beserta orang- orang yang beriman.”
Ingatan-Nya pula dijadikan ‘guide line’
Dalam mengenal kawan atau lawan.
Hatimu akan sentiasa berwaspada
Dengan bisikan nafsu jahat yang penuh tipu daya
Ahli sufi sering bermadah:
Kiranya kau miliki iman, sesungguhnya kau Telah memiliki segala – galanya pula…”

Dan dihujung tafakurmu nanti,
Akan kau temui untuk seterusnya dimengerti;
Imanlah yang akan memuliakan darjatmu
Selaku; khalifah Allah di muka bumi,
Bukan insan yang berperi kebinatangan
Yang mengotorkan bumi dengan kemungkaran.
Ya, hanya Iman Penyelamat…
Di hari kiamat,
harta dan anak pinak tidak berguna lagi,
kecuali orang- orang yang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera bersih dan beriman…”
- Asy Syua’ara 88-89

Daripada Madah Tuan Guruku
untuk daku meneruskan perjuangan fisabililah
kepada anda semua.

Hidup ini hanya sementara...
Bersediakah kita untuk menemuiNya..
cukupkah amalan kita untuk dipersembahkan kepadaNya..
Kesemua jawapan ini adalah tersembunyi..
Keikhlasan kita adalah ukurannya
Hanya dengan RAHMATNYA dipersilakan kepada anda masuk ke pintu syurga...
Kita adalah hamba...
Hamba wajib bertaqwa...
Dengan beribadah sepenuh masa.
Ya Allah Ya Tuhan ku..
Pimpinkanlah daku kejalan yang benar...
Dan peliharalah daku dari azab api neraka..
Maha Suci Tuhan..
Kepada Mu jua daku berserah...
Berusaha, Redha dan bertawakal.
Amiin.
cinta 100%
| 02:20 | 0 comments
salam ukhuwah . ingin ku bicarakan rasa hati yg terbuku di lubuk hati . insyaallah mendapat keredhaanNYA..

Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu?
Pasti jawapanku 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.

Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?
Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?
Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu,
Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…
Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa

“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

.
kau kawan,sahabat dan teman..~
Sunday, 26 June 2011 | 23:27 | 0 comments
salam ukhuwah kerana ALLAH ..

kau kawan , sahabat dan teman . tatkala diri dalam kesedihan engkau yg menjadi kawan . sudi mendgar segala masalah . engkau bg harapan serta kekuatan . engkau sentiasa menunjukkan aku ke jalan yang benar . terima kasih kerana tlh menjadi kawan suka dan duka .

engkau sahabat , engkau memberi semangat tika aku dlm kelemahan . engkau bg kekuatan tika aku terbaring kelelahan . engkau sentisa sokong aku dr belakang untuk terus berdiri . hingga tidak terbalas budimu itu .alquran sbg pengubat rindu antara aku dan engkau . doa2 ku himpun bersama kasih syg supaya hubungan kita mendapat keberkatan darinya. hanya ALLAH yg maha mengetahui bertapa brsyukurnya aku mengenali dirimu .

kau teman yang sentiasa mengigat kan aku tntg agama . engkau sentisa mengingatkan aku kepadanya . sungguh bahagia andai 1 hari hati kita disatu kan , d tikar sejadah aku berserah andai engkau di beri kepada orang yg lebih berhak memilikimu . andai kau tahu . bertapa indah nya saat mengenali diri mu . engkau sentiasa memberi aku semangat hingga hari2 ku diwarnai dengan cahaya keinsafan .

terima kasih ya ALLAH kerana telah mengkurniakan aku seorang sahabat.teman dan kawan yang sentiasa memberi bimbingan kepada hidup ku . ya ALLAH andai satu hari kau uji kami dengan dugaan yng bisa memisah kan aku dengan nya . aku redha atas ketentuan itu . andai dia bukan milikku . izin kan aku menumpang kegembiraan disudut hati nya bersama insan yg dia syangi . yaALLAH sesengguhnya hanya engkau yang maha mengetahui segala yang terjadi. baik mahupun buruk .

salam rindu bersama tautan persahabatan ikhlas kerana ALLAH s.a.w....

wanita solehah lebih baik dari bidadari syurga :))
| 00:01 | 0 comments
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.
Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

"Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"

erti kasih sayang :)
Saturday, 25 June 2011 | 23:47 | 0 comments
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? 

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. 

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? 

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

 Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

 Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

 Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung ....padang.... , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

 Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan ....cuba.... teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan
kembali seperti sediakala..

layar keinsafan !
| 23:35 | 0 comments
Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar

Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

OLD / NEW

About Archives Stuff Home

Surat Chenta Dari ALLAH

Bacalah dengan nama tuhanMU.Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk.Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk. Kalau tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat.Kalau tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri "Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?" renungan bersama^_^ . Sila matikan laguu blog untuk mendengar bacaan Ayat Suci Al-Quran ini . Terima Kasih

Si Chumel

The Webmistress

Welcome to my blog!Do follow me if you don't mind :)

Let's Talk!

Scream here

I Love You

DUA HATI SATU JIWA
SAYA SAYANG IBU SAYA :)
KAKAK YANG GOJES :3
DUA MUJAHID HENSEM :)
DIAN , MIA , WAHID :)
MIA , DIAN :)
SAHABAT SELAMANYA C:
MIA DAN SYERA
KMJ :)

Chakkk! Meh Baca

get this widget here

Thank You

KakiBLOGGER

Stereo Heart

Feedjit

Credits

Template by : Fitra Afandzi
Basecode by : Mai Mnbma
Background : Askar Pink
Bg : ♥ ♥

OLDER / NEWER