Ukirlah senyuman yang paling manis.....kerana selain sedekah.... senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati....ia tidak menyakitkan .....tetapi menjadi penawar hati yang sakit.
|
Senyum Itu Kan Sedekah
Friday, 27 January 2012 | 06:52 | 0 comments
Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.
Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri. ___________________________________________ Senyum biarlah pada tempatnya. _____________________________________________ Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan. Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah. Orang yang sedang menghadapi tekanan jiwa sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik. Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah. Senyuman melahirkan kegembiraan dan kebahagiaan serta mendekati Allah, bersamanya rahmat dan nikmat yang tidak dapat dijual-beli. Apakah pandangan anda ???. ___________________________________ Penjelasan tambahan. ![]()
Assalamualaikum..
Senyum itu sedekah. Sedekah dapat pahala. Maka senyum pun dapat pahala. Betui tak? Awak , awak lagipun kan kita tahu Allah tak suka org sombong . jadi , senyum lah sikit . hehee Saya pun kalau boleh nak senyum kepada semua orang. Masalahnya satu: Penerima senyuman harus berfikiran terbuka. Penerima senyuman juga harus faham bahawa senyuman yang diterima itu adalah sedekah daripada pemberi senyuman! Jangan pula dianggap orang yang memberi senyuman itu menyindir atau sewel atau nak mengurat..hehe. Kita kena belajar dari peminta sedekah. Bila orang tersenyum kepada kita, ucapkan "TERIMA KASIH" atau "ALHAMDULILLAH". Bila kita ucap sedemikian, pemberi senyuman dapat gandaan pahala. Kita sebagai penerima senyuman yang mendorong pemberian pahala (oleh Tuhan) kepada pemberi senyuman pun secara otomatik menerima pahala. Cuba fikirkan bersama. insya Allah. Sebenarnya nak dapat ganjaran pahala itu mudah. Nak cari dosa itu yang susah. wallahu aklam
Ukirlah senyuman yang paling manis.....kerana selain sedekah.... senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati....ia tidak menyakitkan .....tetapi menjadi penawar hati yang sakit.
Sekian. Wassalam. Serikandi perisai nabi
| 04:04 | 0 comments
Assalamualaikum . hai hai . tadi ade bace cerita ni . meh kongsi same2 . kadang2 bace cerita cm ni dapat menginsafkan diri kita . heheee
Awak , awak , kalau tak keluar cerita ni . cube refresh balik . heheee . :) 10 sahabat nabi yang dijanjikan Syurga
| 03:08 | 0 comments
Assalamu'alaikum.. Salam Hari Jumaat semua.. (Hari Jumaat,kita digalakkan membaca Surah Al-Kahfi) Kita mesti tertanya-tanya apa fadhilat(kelebihan)nya jika membaca Surah Al-Kahfi.. Iman orang awam seperti kita perlukan ganjaran sebagai galakan melakukan ibadah.. Semoga kita berusaha agar ibadah kita bukan semata-mata kerana ganjaran tersebut.. tetapi lebih kepada mencari keredhaan dan keampunan Allah.. :) مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ “Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470) Ha, mengenai isi berkaitan dengan tajuk.. InsyaAllah ana kongsikan mengenai ilmu yang sedikit dari ana mengenai 10 Orang sahabat Rasul.. yang dijamin syurga.. Subhanallah.. Nikmatnya..Dijamin syurga.. sebab tu sahabat apabila sampai ajalnya..tenang bahkan sangat gembira kerana mereka tidak sabar untuk bertemu Allah.. Kawan-kawan, Sesungguhnya mereka-mereka ini orang yang berjuang , sakit dan penat kerana Allah.. bahkan gembira dan cerianya mereka kerana Allah.. :) Tidak berlebih dengan hal-hal dunia dan tidak akan mengurangkan sedikit pun hal-hal akhirat.. Jom, kita berdoa untuk raih cinta Allah .. ![]() Sharing caring : Jom sama-sama kita ambil iktibar dari 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk syurga ... Siapa? :) 1.Putera Abu Quhafah (Abu Bakar As-Siddiq) 2.Perkhabaran Dalam Lena (Uthman Affan) 3.Khalifah Berjiwa Hamba (Umar Al-Khattab) 4.Keberanianmu Terserlah (Ali Abi Talib) 5.Syahid Yang Berjalan (Talhah Ubaidillah) 6.Hawari Rasul (Zubair Ibnu Awwam) 7.Jutawan Mulia (Abdul Rahman Auf) 8.Kepatuhanmu Diuji (Sa'ad Abi Waqash) 9.Si Kental Iman (Sa'id Zaid) 10.Terperangkap Dua Cinta (Abu Ubaidah Ibnul Jarrah) Bacaankan kisah-kisah sahabat ini di dalam buku PTS Islami ini.. Subhanallah.. :) [Download] ALIFF ILA YA - Jutawan Mulia (Abdul Rahman Auf) [Download] ALIFF ILA YA - Keberanianmu Terserlah (Ali Abi Talib) [Download] ALIFF ILA YA - Kepatuhanmu Diuji (Sa'ad Abi Waqash) [Download] ALIFF ILA YA - Khalifah Berjiwa Hamba (Umar Al-Khattab) [Download] ALIFF ILA YA - Perkhabaran Dalam Lena (Uthman Affan) [Download] ALIFF ILA YA - Putera Abu Quhafah (Abu Bakar As-Siddiq) [Download] ALIFF ILA YA - Si Kental Iman (Sa'id Zaid) [Download] ALIFF ILA YA - Syahid Yang Berjalan (Talhah Ubaidillah) [Download] ALIFF ILA YA - Terperangkap Dua Cinta (Abu Ubaidah Ibnul Jarrah) ![]() Amalan menjadi wanita solehah
Thursday, 26 January 2012 | 04:18 | 0 comments
Assalamualaikum . Hye hye . mesti kamu-2 majori nak jadi wanita solehah kan ? meh meh ikut amalan-2 ni . hehee . boleh kongsi bersame :) Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini ade serba sedikit tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah. Amalan-amalan itu ialah: 1. Mendirikan solat/sembahyang. Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi. 2. Menjaga solatnya. Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya. 3. Bersyukur dan redha. Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih. 4. Selalu bersedekah. Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda. 5. Menjaga maruah diri. Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji. 6. Takut murka Allah. Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt. 7.Menjaga amanah. Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. 8. Pandai mengaji Al-Quran. Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.! Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah. Wassalam Alam Kubur
| 04:13 | 0 comments
Asslamualaikum , hye kawan-2 , dah chek iman , amal , pahala ? mudah-mudahan baik-2 saje hendaknye ye :)
Teringat saya kata2 seorang ustaz. Amalan kita akan menentukan mati kita. Mati kita akan menentukan alam barzakh kita. Alam barzakh kita akan menentukan alam akhirat kita. Jika baik maka baik la akhirnya dan jika buruk maka buruk la akhirnya. Pilihan di tangan kita. Kita yang menentukan baik dan buruknya. Allah telah menjadikan manusia itu sebaik2 makhluk. Jika Allah menjadikan seseorang itu cacat atau tidak sempurnya sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat makhluknya dan juga hikmah yang tak terjangkau oleh akal fikiran kita yang terbatas ini. Di dalam Al-Quran menceritakan bagaimana malaikat berasa hairan apabila Allah telah menjadikan manusia itu kalifah bumi sedangkan ia nanti akan membawa banyak kebinasaan di muka bumi. Allah berfirman kepada malaikat “Sesungguhnya aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”. Jadi sebagai hamba-Nya kita hendaklah redha dengan apa yang ditentukan dan berusaha menjadi hamba-Nya yang terbaik. Hamba yang terbaik adalah hamba yang taat kepada segala perintah tanpa banyak soal dan tidak menderhaka kepada tuannya. Menangis Kerana Takutkan Allah
| 04:02 | 0 comments
Assalamualaikum . auuuwwccakk auuwwchhaakk . senyum dulu :) Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu." Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya)Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28) Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah)kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali." Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w.mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t. Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata." Pahlawan Neraka
| 03:56 | 0 comments
Assalamualaikum . hye kawan nak bace cerita teladan tak ? meh meh kongsi same-2 ilmu tu . jangan lah kedekut :P Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu. "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya." "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang." Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim. Kalau Allah tu Maha Baik Kenapa Buat Neraka ?
| 03:26 | 0 comments
Assalamualaikum , meh . sini ade satu cerita . jom jom bace :) Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…” Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak :
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?” Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz. “Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?” Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum. ” saya sayang kamu kerana Allah :)
| 02:13 | 0 comments
Assalamualaikum . awak saya sayang awak kerana Allah :) Pernah saya ungkapkan padanya, “Hei. Saya sayang kamu. Maka saya hendak kamu sentiasa dijalan-Nya. Untuk menegur kamu sekiranya tersilap arah, tak perlu saya untuk minta kebenaran darimu. Sepertimana saya sayang padamu kerana ALLAh, maka kerana ALLAh saya menegurmu.” Pernah saya bisikkan dari jauh padanya, “Hendak berjiran dengan kamu di syurga. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAh izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu ada di dalamnya. Boleh tak?” Dia menjawab, “Saya tak layak. Saya bukan seorang hamba yang baik!” Saya tepuk bahunya dari kejauhan, “Hei, mari sini. ALLAh masih pinjamkan umur. Masih belum terlambat untuk kamu dan saya berusaha bersama-sama.” Matanya bergenang, “Saya sayang kamu, sahabatku!” Saya senyum padanya dari kejauhan, “Dan saya lebih menyayangi kamu. Ingat ni~” Saya mendekat padanya dari kejauhan, “Psst! Kalau saya diizinkan masuk syurga, saya nak kita melangkah ke dalamnya bersama-sama. InshaALLAh, mesti seronok kan! Tapi kalau ALLAh takdirkan neraka tempat saya. Saya minta sesuatu boleh? Kamu palingkan wajah kamu dari melihat saya pada hari itu, ya? Jangan berpaling untuk saya. Saya tak mahu kamu sedih melihat saya..” Saya tertunduk dihadapan Yang Esa, “Ya ALLAh, berikanlah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran iman kepada sahabatku untuk menjalani hidupnya semasa di dunia. Jadikan dia daripada golongan hamba yang Kau redhai. Peluklah dirinya ya ALLAh dengan kehangatan kasih kepada-Mu. Ikat hatinya dengan tali agamamu! Jangan Engkau pernah biarkan dia merasa sendiri kekosongan tanpa hidayah-Mu. Dengarkanlah doa hamba yang faqir ini, ya Dzal Jalali Wal Iqram!” Tiba-tiba tiba ‘SMS’ darinya, “Saya rindu kamu…~” Dan saya membiarkan rindu itu dibalas sendiri oleh ALLAh Azza Wa Jalla. Sungguh saya sayang pada sahabat saya. Dan sungguh saya ingin sentiasa dia berada dalam pelukan Ilahi. Hei kamu, yang merasakan saya adalah sahabat kamu, Saya sayang pada kamu Saya ingin bersahabat dengan kamu Di dunia sampai akhirat Sudikah kamu menjadi sahabat saya? Maka genggamlah tangan saya Saya akan pastikan genggaman ini tidak akan terbuka Sehingga waktu ALLAh menentukan Dan boleh tidak kita perbaharui persahabatan ini? Biar kita sama-sama melakukan amalan yang istiqamah pada-Nya Malah mungkin kamu lebih dariku dalam hal itu Memperbaharui persahabatan yang satu ini Dengan disaluti keimanan Ya, keimanan! Akan saya bersaksi di hadapan ALLAh SWT! Meminta kamu dimasukkan ke dalam Jannah |