About Me

Seorang yang kool, kachak plus plus hensem , wanita muslimah bertudung labuh itu bukan aku , tetapi seseorang yang sentiase berusaha mencuba kearah itu, Err , pernah bercita-cita nak berjumpa dengan seekor superman yang boleh selamatkan aku ketika aku jatuh longkang suatu hari nanti , selain itu , teringin nak berjumpa dengan pencipta kereta , yang boleh mengerakkan kereta tersebut tanpa menggunakan sepinggan minyak petrol malah kereta itu dapat bergerak dengan menggunakan paswed "Ahmad Fitra hensem" , seandainya awak awak semua yang cun plus gojes terjumpa insan-insan di atas , sila maklumkan kepada tuan belog ini ,TQ
Wishlist

Belog ini sama sekali tidak sesuai bagi mereka yang elergik atau semput dengan cerita-cerita cintan-cintun saye , pihak berwajib belog ini sama sekali tidak hingin atau tidak langsung bertanggungjawab di atas kes sewel, hilang ingatan atau meragut nyawa selepas membace belog yang kurang gojes plus plus osemm ini , sekian terima kasih :) Bacalah post post di belog ini dengan penuh rasa kasih sayang dan sangat teruja seperti dapat sebijik lolipop percuma dari insan tersayang , sila jangan ade perasaan nak tampar plus plus tumbuk muka pihak berwajib belog ini selepas membace entry di sini , sekiranya anda bersikap sedemikian , semestinya , anda seorang yang tidak kacak plus plus gojes ye sayang . so , sila tinggal kan belog ini dengan segera . Sebarang pertanyaan atau unsur-unsur "busuk" boleh dipanjangkan kepada tuan tanah belog ini,TQ
The Time

♥April 2011 ♥May 2011 ♥June 2011 ♥July 2011 ♥August 2011 ♥September 2011 ♥January 2012 ♥March 2012 ♥April 2012 ♥June 2012 ♥July 2012 ♥October 2012 ♥November 2012
Stuff

Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend
dakwah berkesan jika faham jiwa remaja...:)
Monday, 18 April 2011 | 19:37 | 0 comments
assalamualaikum...!haaa...bce lah...sye copy jeh...saje'saje na kongsi bersame...huhu...

DULU pernah berdiri seorang pemuda berumur 25 tahun yang gagah berani meredah samudera Atlantik sambil mengangkat panji Islam yang dijunjung tinggi sambil berseru:
“Demi Allah SWT, jika aku mengetahui bahawa di seberang lautan ini ada daratan, nescaya akanku harungi dengan kudaku atas nama Lailahaillah.”
Akhirnya Afrika jatuh ke tangan pemuda itu. Dialah Panglima ulung, Uqbah bin Nafi. Tapi kini, berdiri seorang pemuda cukup berani, menjelajah sepanjang jalan di kegelapan malam, bangga menjadi seorang lelaki yang tidak takut mati.
Demi gemuruh tepukan dan sorakan teman yang tidak siuman dan pembebasan diri daripada tekanan kehidupan. Dia berhasil menjadi ‘raja’ jalanan dengan enjin kuda canggih yang boleh menerbangkan nyawa seketika.
Lelaki itu bangga berasa diri hebat tetapi tidak tahu untuk apa kebanggaan itu. Dan sampai bila akan berakhir kepalsuannya. Sampai bila kepuasan itu boleh mengubat hatinya. Pemuda yang merempit semakin ditohmah dan dikeji, mereka semakin berani, siapakah yang boleh memahami jiwa pemberontak ini?
Sebahagian yang lain masih bersekolah dan terbabit pula dengan gangsterisme dan vandalisme. Mengapa ibu bapa, guru, dan kita sendiri sebagai anggota masyarakat tidak mampu membimbing dan mendidik mereka? Di mana silapnya?
Rasulullah SAW pernah berhadapan dengan pemuda yang keras dan ganas seperti Umar. Bahkan pemuda itu pernah berjanji akan membunuhnya. Dengan apakah Nabi SAW menakluki hati sekeras karang milik Umar?
Dan sudah terbukti pemuda berani bangsa Quraisy yang ditakuti akhirnya bertekuk lutut di hadapan Baginda SAW. Apakah rahsia yang tersimpan dalam dakwah dan bimbingan Rasulullah SAW kepada setiap pemuda itu?
Pendekatan psikologi amat diperlukan oleh orang yang gagal dalam hidup. Mereka mengharap bimbingan bukan tohmahan. Bimbingan terbaik adalah melalui penaklukan hati dan perasaan. Pepatah mengatakan, ‘Sesiapa yang mahu menakluk seseorang maka kuasailah hatinya’.
Pemuda bermasalah ini mahu melihat kita dengan wajah yang ramah dan mesra. Wajah yang apabila dipandang mengingatkan mereka kepada Allah Taala. Tiada sedikitpun iras kebencian yang dipamerkan. Sikap mahu bersahabat dan prihatin perlu ditonjolkan.
Mereka sebenarnya dalam keadaan tenat, kehilangan arah dan tidak tahu bagaimana mahu menyelamatkan diri daripada kancah kejahatan. Jika orang yang berada di sisi mereka hanya mahu menghukum dan mengeji saja, mustahil mereka boleh bangkit melainkan dengan ketentuan Allah SWT.
Anak kita di rumah amat dahagakan kasih sayang ikhlas ibu bapanya. Bilakah kali terakhir kita sudi mendengar luahan hati mereka? Atau mereka takut mengutarakan maksud di hati disebabkan gaya kepimpinan kita yang kuku besi?
Jika Rasulullah SAW menjawab pertanyaan seorang anak mengenai siapakah yang paling utama untuk dicurahkan kepadanya kasih sayang, maka sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Ibumu, ibumu, ibumu dan ayahmu.”
Bagaimana anak boleh mencurah kasih jika ibu bapanya adalah musuh utamanya. Herdikan dan caci maki menjadi santapan utama setiap hari. Ibu yang tertekan dan ayah yang serba tidak kisah apa yang terjadi di rumah. Anak menjadi mangsanya, keluar daripada rumah membawa hati yang penuh benci dan mahu memberontak. Semuanya bermula dari rumah.
Anak itu lahir dan membesar tanpa iman kerana kedua-dua orang tuanya tidak menyediakan iman sebagai keperluan asas untuk mereka. Ada yang sibuk mencari makanan berkhasiat dan makanan tambahan yang terbaik untuk anak namun tiada tergerak hatinya memilih iman sebagai penyihat hati anak.
Masa pun memainkan peranan penting untuk mengukuhkan hubungan kita dengan mereka. Sudahkah kita sentiasa menjadikan masa untuk bersama anak sebagai keutamaan dalam hidup ini? Mereka perlukan kita sebagai kaunselor dan mentor terbaik, mereka perlukan insan yang paling istimewa dan ikhlas menyayangi. Sayang hingga ke syurga dengan cara mendidik ajaran agama secara sempurna.
Mengapa agama menjadi pilihan yang tidak begitu diminati generasi muda masa kini? Apakah kerana gaya persembahan dakwah yang kurang sesuai dengan kecenderungan pemuda-pemudi kita? Tidak salah jika nilai ajaran agama diserap melalui filem, drama, muzik atau bahan bacaan berunsur hiburan.
Pendekatan dakwah yang fleksibel akan menarik minat remaja. Bukankah Rasul SAW pernah berwasiat kepada seorang sahabatnya ketika mahu menyampaikan Islam: “Permudahkanlah jangan menyusahkan.”
Masalahnya, kini generasi muda mengenal Islam dengan cara ditakut-takutkan yang ini haram, yang itu haram.

ikhlas dari::

OLD / NEW

About Archives Stuff Home

Surat Chenta Dari ALLAH

Bacalah dengan nama tuhanMU.Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk.Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk. Kalau tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat.Kalau tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri "Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?" renungan bersama^_^ . Sila matikan laguu blog untuk mendengar bacaan Ayat Suci Al-Quran ini . Terima Kasih

Si Chumel

The Webmistress

Welcome to my blog!Do follow me if you don't mind :)

Let's Talk!

Scream here

I Love You

DUA HATI SATU JIWA
SAYA SAYANG IBU SAYA :)
KAKAK YANG GOJES :3
DUA MUJAHID HENSEM :)
DIAN , MIA , WAHID :)
MIA , DIAN :)
SAHABAT SELAMANYA C:
MIA DAN SYERA
KMJ :)

Chakkk! Meh Baca

get this widget here

Thank You

KakiBLOGGER

Stereo Heart

Feedjit

Credits

Template by : Fitra Afandzi
Basecode by : Mai Mnbma
Background : Askar Pink
Bg : ♥ ♥

OLDER / NEWER