|
dikala kesedihan !
Friday, 15 July 2011 | 18:01 | 0 comments
hurmm . pasti ada HIKMAH disebalinya , tak bosan aku menuturkan perkataan itu tika ditimpa dugaan , ya ALLAH tabah kan hati ku . rasa sedih di hati semakn membuak - buak apabila aku berada dlm kesedihan insan'insan yang selalu memberi sokongan dan dorongan tdk ada untuk membantu , ya ALLAH bukan aku nak menyalah kan takdir , apa yang berlaku aku tahu sememang nya ade hikmah dari mu , aku tahu mereka mereka sibuk dgn tugas masing - masing , dia yang ku gelar penggubat duka juga sibuk dgn tugas harian nya , aku buntu , aku tdk dpt melalui dugaan ini seorang diri , aku tdk dapat memikirkan jalan penyelesaian yang baik ya ALLAH , tetapi kau maha pengasih ya ALLAH , kau berikan aku insan lain untuk membantu dan mendengar isi hati ku ya ALLAH , mereka sanggup mengoraban kan masa mereka untuk mendengar isi hati ku dan mencari jalan penyelesaiannya , terima kasih ya ALLAH , dikala aku ketandusan kata - kata , kau berikan aku kekuatan , kau beri kan aku semangat untuk melawan apa yang terjadi , untuk menjadi seorang yang kuat . ya ALLAH , sungguh besar pengorbanan mereka , kepada : nurul ain hussin dan pasangan nya mohd taufik lehat , terima kasih kerana telah berkorban untuk membantu menyelesai kan masalah ini 'semuga kamu berdua berada di dalam keredhaan ALLAH , dan semuga hubungan kamu berkekalan hingga ke anak cucu dan generasi berikutnya, kpd roomate nik wan mumtazah dan dian nasyah , terima kasih juga telah mmberi kekuatan yang sepatutnya menjadi benteng kpd diri ku ,dan akhir sekali , terima kasih buad nur syahirah mazli kerana sentiasa bersama - sama menemani ku menghadapi dugaaan ini . biarpun masalah ini belum selsai , aku yakin suatu hari nanti pasti akan berakhir semua kekalutan ini , ya ALLAH kau berikan lah ganjaran pahala yang berlipat ganda kpd insan2 yang telah membantu ku , ya ALLAH kau permudah kan lah dan kau lancar kan lah jalan hidup mereka , ammiiinnnn ~ sesungguh nya aku memohon keampunan jika ada tersilap kata , apa yang terjadi pasti ada HIKMAH di sebaliknya .... :)) ukhuwah fillah abadan abada .. kenapa mesti aku !
| 17:23 | 0 comments
ya ALLAH . apakah aku telah melukai hati seseorang yang bakal bergelar sahabat . seseungguh nya aku memohon KEAMPUNAN kepada mu jika itu yang berlaku . salah kah aku jika tidak menerima nya sbg seorang kawan . bukan permintaan hati ,tetapi caranya tidak menyenagkan hati .aku tidak mahu tersalah langkah ya ALLAH . kau ampuni lah dosa ku ,sesungguh nya aku tahu ada HIKMAH disebalik ap yang terjadi . aku risau , dia sering mempehatikan ku , dia kerap menghubungi ku , sehingga kan apa berlaku di hari hari ku , dia tahu . aku rsau pelajaran nya terjejas , ya ALLAH jika dia benar ingin berkawan dgn ku ikhlas keranamu ,aku sanggup menerima nya , tetapi jika dia ingin berkawan ats sbb laen , aku buntu untuk memikirkannya , disaat aku jauh dari mu , kau beri kan aku dugaan , ya ALLAH apa kah ini tandanya dosa ku sudah semakin bertambah ?? ya ALLAH kau pimpin lah aku ke jalan yang diredhai mu , kau berilah aku kekuatan untuk mengharungi semua ini , biarpun aku tahu , sgt sukar untuk aku menghadapinya , kau dakap lah aku untuk menggapai cintamu jangan biar kan aku terleka dgn godaan dunia ya ALLAH , sesungguh nya engkau maha pengasih lagi maha penyayang , adakah aku insan BERTUAH jika aku menerima sambutan sbg kawan kpdnya ?? kenapa mesti aku ya ALLAH . bukan aku nak menggeluh dgn dugaan yang engkau berikan, tetapi agak berat bg ku menanggung bebanan ini , ya ALLAH , kau buka kan lah pintu hatinya untuk memaafkan kesalahnaku ini , sesungguh nya tiada insan yang sempurna di dunia ini ,:: yang bakal bergelar sahabat , aku memohon maaf kpd mu jika kau tersinggung dgn kelakuan ku ini , sesungguhnya apa yang terjadi di dunia ini , pasti ade cahaya HIKMAH dari yang maha esa.. biarpun luaran aku tdak menampak kan aku menerimamu sbg seorang sahabat , aku ingin kau mengetahui bahawa hati ku telah menerima mu sbg seorang sahabat kerana ALLAH , aku memohon keampunan ats apa yng terjadi , aku sedar kehilafan ku ... ukhuwah fillah abadan abada , biarpun cuma dalam hati :)) cinta !
Tuesday, 5 July 2011 | 04:16 | 0 comments
CINTA
Remaja selalu berkata,apakah salah kami bercinta?Rasa cinta memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi yang ALLAH swt kurniakan kepada manusia.Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct.Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan.Oleh kerana cinta adalah fitrah,maka tentulah tidak salah merasainya.
Namun ALLAH tidak kurniakan cinta begitu saja.Cinta demi ada kemurniannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan berlaku sewaktu menjalin cinta.Remaja terjebak cinta terlarang kerana menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt.Ketika itulah FITRAH menjadi FITNAH.Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan mengikut peraturan maka akan ketawalah syaitan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta?Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA.Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan.Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta,nanti terbakar diri.Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku,lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku.Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia.Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang,racunnya akan meresap membunuh akal,jiwa dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.
Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya.Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakanNya.
Usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan.Jika tidak ada niat untuk berkahwin,cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH.Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali.Cinta jenis ini seburuk namanya-Cinta Monyet!Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar.Antaranya,tidak ada pergaulan bebas,tidak ada pendedahan aurat,tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang,puasa dan lain-lain.Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan.Maka,remaja tidak seharusnya mengeluh,”Cinta apa namanya ini jika tiada dating,tiada perbualan telefon marathon..atau bahasa remajanya ‘bergayut’,tiada surat cinta,tiada sentuhan tangan,tanpa kerlingan dan senyuman?”
Yakinlah tiada keindahan dengan melanggar hukum Tuhan.Putus & kecewa bercinta adalah disebabkan nafsu cinta.Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi.Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.Cinta kerana ilahi pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya.Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya,cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat.Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-tempat pertama yang melahirkan cinta!Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
![]() |