|
cinta !
Tuesday, 5 July 2011 | 04:16 | 0 comments
CINTA
Remaja selalu berkata,apakah salah kami bercinta?Rasa cinta memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi yang ALLAH swt kurniakan kepada manusia.Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct.Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan.Oleh kerana cinta adalah fitrah,maka tentulah tidak salah merasainya.
Namun ALLAH tidak kurniakan cinta begitu saja.Cinta demi ada kemurniannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan berlaku sewaktu menjalin cinta.Remaja terjebak cinta terlarang kerana menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt.Ketika itulah FITRAH menjadi FITNAH.Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan mengikut peraturan maka akan ketawalah syaitan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta?Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA.Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan.Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta,nanti terbakar diri.Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku,lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku.Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia.Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang,racunnya akan meresap membunuh akal,jiwa dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.
Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya.Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakanNya.
Usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan.Jika tidak ada niat untuk berkahwin,cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH.Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali.Cinta jenis ini seburuk namanya-Cinta Monyet!Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar.Antaranya,tidak ada pergaulan bebas,tidak ada pendedahan aurat,tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang,puasa dan lain-lain.Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan.Maka,remaja tidak seharusnya mengeluh,”Cinta apa namanya ini jika tiada dating,tiada perbualan telefon marathon..atau bahasa remajanya ‘bergayut’,tiada surat cinta,tiada sentuhan tangan,tanpa kerlingan dan senyuman?”
Yakinlah tiada keindahan dengan melanggar hukum Tuhan.Putus & kecewa bercinta adalah disebabkan nafsu cinta.Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi.Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.Cinta kerana ilahi pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya.Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya,cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat.Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-tempat pertama yang melahirkan cinta!Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
![]() |