|
Cinta si pembuat nasi lemak :'(
Friday, 20 April 2012 | 21:22 | 0 comments
Assalamualaikum ,
Ekceli pagi tadi mase bagun tidur , inbox ade msg dr someone
berbunyi begini :
"Assalamualaikum , no network ke awak ? saye ade cte nak shre..
Lw sudi,t awak cri majalah remaja bln januari 2012,bace page 64"
oke,Ekceli mlm tadi mmg takde line , sekali ade line , tak macam bunyik itik pulakkan phne sy , msg masuk
Disbbkan bdk ni kol saye dkt 20 kali mlm tadi ,tapi tak dpt , so dy tulis msg je ,
saye mmg tak de majalah remaja , dy cakap tajuk cte tu "cinta si pembuat nasi lemak ", so tadi try search tenet , jumpa pulak , k
lauu awak awak semua yang cun plus gojes pun nak bace , kat bawah ni ctenye saye copy dari blog org k .
mmg tersentuh kud , rase nak ngis je :"(
*******
![]()
tetikus merah di tekan-tekan lembut..anak panahnya terus tertujah mengikut arah yang ku mahu..anak mata ini menjeling mesin pengira waktu digital di suatu sudut..
hmmm,genap jam 12..tarikh 9 hb 11 tahun 2010..
hari ini hari teristimewa bagi ku,jadi mana mungkin mata ini lekas terlelap..dan hari ini usiaku telah bertambah daripada angka yang sebelumnya..pertambahan satu angka menjadikan ku kini genap 22 tahun..usia yang dianggap benar-benar matang,mengapa tidak,hanya selepas umur ini barulah seseorang bisa meluahkan perasaan sebenar dengan memangkah calon yang benar-benar dipuja dalam suruhanjaya pilihanraya..dan aku tersenyum tak henti-henti melihat profile facebook ku,
Happy Birthday Syafiq..Semoga panjang umur..murah rezki..dipermudahkan segala urusan,moga memiliki segala yang dihajati,selamat maju jaya dalam peperiksaan yang bakal menjelang,semoga bahgia di dunia dan akhirat,amin...senyum selalu k..cepat-cepat dapat baby comell,erk??
hehe..amin mudah-mudah..tapi entah bila..calon pelaminku pun masih kekaburan,ini pula membayangkan seorang anak yang bakal ku timang nanti,ber'bin kan namaku..adakah mungkin secomel ibunya nanti,atau seiras dengan ku..pasti comel juga nanti..kerna aku sememang nya comel..tak perlu dinafikan tentang itu..hahaha
aku tersenyum lagi..malam ini,facebook ku diserang hendap bertubi-tubi..ibarat kapal perang penjajah masa silam yang tiada pernah segan silu menyerang tanah melayu dan mungkin ia akan berlarutan sehingga tengah malam esok..tak lupa telefon bimbit yang terus histeria dengan pesanan-pesanan ringkas dari sahabat-sahabat handai,jauh dan dekat..semuanya tidak mahu terkecuali untuk merasai bahang peperangan malam ini..
menurut kajian,lalu lintas notification facebook seseorang akan benar-benar sesak pada hari kelahirannya dan pada saat itu,tidak salah untuk anda sedikit berbangga diri,kerna ini hari anda..anda memilikinya..tidak kah ini dinamakan popular..bagai kan seorang artis ternama membuat persembahan konsert secara besar-besaran di dataran merdeka..kiri,kanan,depan dan belakang melafaz-lafaz nama anda..tidakkah timbuL rasa terharu di dada anda..jadi mungkin kerana itu penyanyi yang benar-benar menghayati lagu tadi menitiskan air mata..shahdu kerna namanya disebut-sebut berulang-ulang..
dan kerana itu juga mungkin..mata ku sedikit kemerah-merahan..mata hitam ku mula sedikit demi sedikit ditakungi air mata kesyahduan..masih ada hati-hati mulia yang terus memberikan ku semangat sehingga ke hari ini..terima kasih tak terhingga ku ucapkan pada pencipta yang masih lagi meminjamkan nafas ini,juga terime kasih para sahabatku.. juga terima kasih tak terhingga pada keluarga yang tak jemu melayan kerenah ini,terima kasih tak terhingga ku ucapkan padamu..walaupun sepotong ayat cuma..ia benar berharga buat hati kecil ini..kian buntu untuk menbalas jasa murni kalian..terima kasih sekali lagi ku ucapkan..semoga kalian semua sentiasa berbahgia dan kuat dalam menjalani liku hidup yang penuh persoalan..
KIRA-KIRA 15 TAHUN YANG LALU
hari ini hari selasa..hari di mana namaku tercatat di dalam jadual bagi mengambil alih tugas membersihkan kelas seperti dilakukan rakan seperjuangan ku yang lain tiap pagi..atas komitmen itu kelas kami pernah menyandang kelas terbersih..kerana itu,aku tiba awal di kelas..cermin tingkap ku lap perlahan-lahan..tidak mahu jariku terluka barangkali.. sudah cukup serik dengan luka-luka kecil ini..bila mana dikenakan pada sabun mandi,cukup pedih bagai disengat tebuan yang putus kasih..
hye syafiq..nak aku tolong..rakan sekelas mengusik..
tak pa..nanti ko mintak upah,banyak cantik..aku membalas..
KERIIIIIIIIiiiiiiiingggggggggggggggg......
loceng itu berbunyi..loceng pertama yang kedengaran di awal-awal pagi dan kami masing-masing kembali ke tempat asal kami..ke meja belajar yang dipinjamkan bagi memudahkan proses pembelajaran dan memberi sedikit keselesaan kepada proses pengajaran guru..dan kami menanti ketibaan guru untuk sesi pembelajaran pertama ini..
bangunn...selamat pagi cikgu..ketua kelas kami tiba-tiba memekik apabila guru berdiri tepat-tepat di meja hadapan yang dikhaskan untuk guru..
selamat pagi cikguuu..kami menjerit..mungkin kerana sesi kelas pertama..masih tidak banyak tenaga yang diperguna dan kesegaran di mata masih terasa..doa sebelum belajar dibaca bersama-sama,dan ada juga kanak-kanak india dan cina yang turut serta..mungkin kerana sudah terbiasa mendengar hingga lidah mereka tidak kelu untuk mengikuti..
ok semua duduk..cikgu zainab mula bersuara..
homework yang cikgu berikan semalam dah buat??
dah!!!kami membalas dengan penuh keyakinan walaupun ada segelintir daripada kami yang tidak jujur dengan statement itu sebenarnya termasuk aku..
ok..kalau semua dah buat cikgu nak chek setiap orang ya..cikgu zainab mula melangkah dari meja ke meja..dan aku mula menelan liur yang kering sejak tadi..hatiku kian mengoncang,nadi ku berdenyut kencang bagai piston BMW M6 yang ditambah pelincir..
hatiku tidak setenang tadi..
langkah itu semakin hampir dengan mejaku..langkah itu benar-benar mengoyah keberanian ini..
ha awak syafiq..mana buku awak..
kejap cikgu..aku berpura-pura mencari..
tak da..saya tak bawak..lupa..
apa??lupa..apa yang awak ingat ni..mari beg awak saya nak tengok apa yang awak bawak..
cikgu zainab mencapai beg galas ku dengan rakus..
eh,apa nie???awak bawak pistol air pegi sekolah syafiq?awak nak tembak sapa nie?cikgu zainab tekejut
hahahahaha..kelas ku riuh rendah dengan gelak tawa..dan aku tunduk segan..
ha??ni apa pulak awak bawak??
tuh la patung ULTRAMAN TARO cikgu,seorang rakan mencelah..
hahahaha..sekali lagi kelas itu memecah kesunyian pagi..
dan lagi..
ni apa nie..tiba-tiba sepucuk surat merah di pegang..lalu isi nya di buka..dan cikgu zainab membaca isi kandungan nya kuat-kuat
from wani
to syafiq..muka luar surat itu berbunyi..dan isi kandungannya..
assalammualikum syafiq,
awk ingat lagi tak saya?dulu saya ada tulis surat kat awak..tapi awak tak layan..awak tak suka saya ke?awak tak sudi kawan ngan saya?tak pa lah..saya tau saya siapakan..saya tak cantik..sebab tuh awak tak sudi kawan ngan saya..dulu saya ada bagi surat..saya tunggu kat tempat letak basikal..lama saya tunggu..awak tak datang pun..kenapa awak tak datang masa tu?awak tak kesian saya ke?awak dah baca tolong balas ye..
yang benar,
wani comel
aku memandang cikgu zainab..muka ku benar-benar merah..merah malu berangkali..marah ada juga..
syafiq..awak diri kat atas meja sampai abis waktu saya sekarang..
tapi cikgu, saya??aku cuba membela nasib..
dah,takde tapi-tapi nya..sekarang!!!
aku bingkas bangun menunduk lesu..
baik cikgu..
WAKTU REHAT SESI PERTAMA KELAS
aku duduk sepi di meja belakang..masih di kelas..aku nekad mahu berlapar hari ini..aku tidak mahu ke kantin..takut2 dimalukan rakan-rakan di sana pula nantinya..aku dimalukan teruk hari ini..mungkin gosip tentangku sudah menular di kalangan kanak-kanak yang suka menjaga tepi kain orang lain..
siapa kah wani..kerna dia aku berdiri di atas meja..kerna dia juga..aku dimalukan di hadapan teman-teman..
kalau aku dapat dia,aku lenyek2 dia pakai steamroller..paus ati aku..hatiku mula membengkak panas..panas dengan kejadian tadi..
tiba-tiba..
syafiq maaf la..sebab saya awak kene diri atas meja tadi..
kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berbaju kurung lusuh dengan kasut sedikit koyak sebesar syiling 1sen..
awak siapa,hatiku tertanya-tanya?
saya wani..sayalah yang masukkan surat dekat dalam beg awak masa awak pegi tandas pagi tadi..
tiba-tiba hatiku betul-betul menyirap dengan kata lain nya marah dengan meluap-luap..belum sempat aku menengking..
syafiq,maafkan wanii...dia bersujud langsung di kaki ku..
dan hatiku??tiba-tiba tenang,setenang air di tasik tinggalan lombong biji timah..dan marah tadi?tiba-tiba terpadam bagai rumah terbakar yang berjaya dipadamkan anggota bomba setelah marak hampir 5 minit sebelumnya..
DI PERPUSTAKAAN SEKOLAH
ini lah masa yang ku tunggu..aku memang mengharapkan setiap guru yang mengajar di kelas mahu membawa kami ke libry..kerana di sana..kami boleh membaca buku-buku yang kami gemar..mat jenin bagi kanak-kanak lelaki dan kisah hikayat cinderella bagi kanak-kanak perempuan..entah..mereka memang suka begitu..dan di sana..kami boleh menjeling-jeling pustakawan yang comel-comel dan di sana juga aku boleh tidur di rak yang paling belakang di mana,di sana tiada guru pun yang mampu mengesan ku walau menggunakan radar atau kompas sekalipun..
hepp..awak tidur kat sini???
eh wanii..awak buat apa kat sini??
saya nak cari buku la..tak kan nak cari ikan pulak,hehe..wani berjenaka..
dan kami tergelak kecil bersama..
awak..nak tanya..awak tak iron baju ke..baju awak renyuk2..aku memulakan perbualan
tak..rumah saya tak ada iron baju..kalau saya nak iron baju,selalu saya pegi umah nenek saya..tapi sekarang kan musim ujan..baju lambat kering..saya tak sempat pegi rumah nenek..sebab tuh saya pakai je pegi sekolah..
aku mengangguk seperti mengerti walaupun tidak ku fahami..
awak beruntung syafiq..ayah ngan ibu awak..boleh bagi apa yang awak nak..apa yang awak nak pasti dapat..tak macam saya..
hemm?ea tak la..tak semua saya nak dapat..aritu saya mintak kereta control,ayah saya suh dapat nomor 1 dalam kelas dulu..eee ingat senang ke..last2 tak dapat...
ayah awak keje apa?
ayah saya menoreh getah..
mak?
jual nasi lemak..wani membalas sayup..
tapi ayah saya selalu mabuk-mabuk..
mabuk-mabuk?awak kata ayah awak kerja menoreh getah tapi kenapa mabuk-mabuk..nak menoreh getah kene naik sampan ke?
ea tak lah..ayah saya kuat minum arak..
ooo yeke..tapi ustaz kamal kan ada cakap..arak tu haram,kita orang islam tak boleh minum..ayah awak minum mak awak tak mara??aku bertanya dengan perasaan benar ingin tahu
mak saya marah juga..tapi ayah kuat..bila mak nasihat ayah pukul mak pakai tali pinggang dia..mak mesti kalah..mak saya kan perempuan..mak saya cuma boleh menangis..dan suh ayah saya berenti..
tiba-tiba air jernih menitik dari ruangan mata anak kecil comel itu..air mata itu turut memilukan hatiku..tergamak sungguh ayah wani berlaku sedemikian..
tiba-tiba,aku terpandang sebaris luka sepanjang 5cm di lengan wani..
awak!!kenapa tangan awak!!aku mencapai tangan nya dan membelek luka tadi..luka yang sangat besar..sedikit kemerah ungguan bengkak di sekitarnya..pasti benar-benar sakit..
wani..jom..kita pergi bilik rawat kat tepi bilik koperasi tu..aku mengajak wani..dulu kakiku pernah ditusuki serpihan gelas kaca..sehinggah hampir 6 bulan tidak mampu melangkah dengan 36 jahitan di kaki,dan aku tidak boleh melihat sebarang kesakitan dihadapan mata..menginggatkan ku kisah silam mungkin..
eh..tak pa..nanti lama-lama baik sendiri..
ea mane boleh..nanti lambat baik luka ni..aku tak putus memujuk..
tiba-tiba wajah nya merenung tepat dengan penuh sayu..sayu benar..hingga mataku yang mendesak kini terkebil-kebil tanpa noktah..
syafiq..semalam saya tunjuk kad laporan saya dekat ayah saya..saya bangga sangat-sangat dapat keputusan yang baik ni..tak mudah untuk dapat keputusan sebegini sebab siang malam saya bersengkang mata pada lampu minyak pelita yang samar-samar malap.. dan buku-buku rujukannya saya dapatkan hasil wang saguhati daripada ibu sebab tolong dia menjual nasi lemak..
bila ayah melihat kad laporan tadi,tiada suatu reaksi pun terpancar..
saya kata pada ayah..
ayah..boleh tak wani mintak sesuatu?sebab keputusan wani kan baik?boleh tak..ayy??
tiba-tiba muka saya ditampar kuat..dan ayah pantas menyentap rambut saya..tali pinggang di seluarnya pantas ditarik dan libasan demi libasan mengenai badan dan tangan saya..
kelihatan titisan embun di mata wani kian marak dan bersilih deras bagai empangan pecah..
wani..jangan menangis wani..tangan ku menyeluk poket kecil di baju kemeja canggih berlengan pendek yang baru dibeli..sapu tangan yang ku capai dari poket kecil tadi ku kesat di mata wani..aku cuba menenangkan wani..aku cuba memadam air mata itu..tidak sanggup rasanya melihat kanak-kanak comel seusia ku ini terus merintih kesedihan..
aku bingkas berlari keluar dari pusat buku-buku itu..sepantas mungkin..banyak bahu yang ku rempuh..semuanya tak langsung diendah..bila tiba di bilik rawatan,aku mengambil minyak gamat di atas meja..kali ini sudah ke enam aku ke sana kerna seringkali luka-luka ketika waktu pendidikan jasmani..maklum saja..jiwa keanakkan..pasti ada yang tak kena kala bersukan..
wanii..mari tangan awak..
tangan kecil putih itu dihulur dan aku menyapu perlahan-lahan..
sakit awak..
tak pa..tahan ye..sikit je..nanti ok..aku menguatkan semangatnya
syafiq,wani memandang dengan penuh makna..
ye wani?apa dia??kini aku cuba mendalami hati kecil nya itu
tolong rahsiakan ni dari sesiapa pun..saya tak nak siapa-siapa pun tahu..janji??
erm??kalau orang lain tahu..mesti ayah ditangkap..sebab selalu pukul kami sekelurga..
saya tak mahu emak kehilangan ayah..saya tak mahu adik-adik kehilangan ayah..saya sendiri sayangkan ayah saya..biarpun anggota badan saya luka,tapi hati saya lebih luka kalau kehilangan ayah..janji dengan saya ya??!!aku terdiam seketika..perkara seperti ini,benar-benar menyukarkan hatiku untuk mengiyakan perjanjian..aku tidak mahu dia disakiti ayah nya lagi..aku tak mahu..mungkin kerna dia insan paling mulia penah ku temu..
mengemas,memasak,menjaga adik-adik, membasuh baju-baju juga membantu emaknya menjual nasi lemak..pada usia sebegini..adakah mampu ditemui anak kecil seperti ini di luar sana..kalau satu dalam berjuta barangkali..pasti tidak mudah ku temui..
baiklah..saya janji..aku menyedapkan hatinya,berat terasa hati,namun itu yang mampu terluah..
PERJUMPAAN ROMBONGAN AHLI UNIT BERUNIFORM SEKOLAH
borang di isi..aku memang sengaja mengambil borang lebih..
syafiq,yang lagi satu ni sapa punya?cikgu sidik bertanya..
cikgu sidik merupakan satu-satunya cikgu yang gemar memancing..mana kan tidak,hampir setiap minggu beliau menyewa bot dengan bayaran kira-kira 150ringgit sehari semalam semata-mata ingin merasai kepuasan menewaskan ikan di lautan dalam..cikgu sidik satu-satunya cikgu yang dianugerahkan pengakap diraja termuda pada era beliau..dan kini,umurnya kira-kira 40 tahun namun aktif dalam dunia perkhemahan..dunia yang mencabar daya ketahanan,emosi mental dan fizikal seseorang..dan memancing pula mengimbangi nilai kesabaran dan ketabahan dalam setiap pertarungan menewaskan ikan yang tertipu dek mata kail..dua kegiatan yang mempunyai nilai yang berbeza tapi punya satu tujuan..sekadar kepuasan..tidak mengapa pulang tanpa seekor ikan..asal puas..tidak mengapa hanya menelan nasi kerak ketika berkemah asal puas..
perkemahan di gunung ledang..dua hari satu malam dengan bayaran rm30 ringgit..cukup menarik bagi kanak-kanak seusia kami mengenal dunia luar..dunia penuh kehijauan..dunia yang tak kan ada gangguan emosi luar..
dan aku telah mendaftarkan nama wani tanpa pengetahuannya..yuran nya juga ku bayarkan mengunakan duit saku yang ku tabungi sebelum ini..
wani..cikgu sidik ajak kita pegi perkemahan unit beruniform,cikgu kata awak wajib pegi..kalau tak dia tak nak luluskan bahasa english awak..awak tau,tempat yang kita nak pegi ni gunung ledang..awak pernah dengar kisah puteri gunung ledang..kata orang,sapa-sapa yang dapat jumpa puteri gunung ledang ni,dia akan diberi 3 permintaan..jom kita pergi,untung-untung dapat jumpa dia..saya nak mintak dia tukarkan saya jadi ULTRAMAN,boleh tolong awak jual nasi lemak..hehe..aku cuba menarik perhatian..
erm..dia termenung memandang ku..
yuran nya?saya mana ada duit awak..
ea cikgu sidik kata,keputusan ujian awak baik..jadi awak dikecualikan membayarnya..penipuan ku semakin dipuncak kejayaan..tipu untuk membahgiakan hati seseorang,,adakah itu satu dosa??
baiklah..saya ikut..wani tersenyum..
senyuman yang benar indah..senyuman itu benar-benar meresap ke jiwa ini..senyuman yang tak mungkin dilupa..biapun terpejam lena,senyuman itu terus-terusan membanyangi mimpi..
adakah ini dinamakan cinta??cinta monyet..hehe..cinta yang penuh emosi..
HARI MERDEKA
awal-awal pagi ayah memasukkan bendera di beg..
untuk apa ni??aku ragu
hari ni kan 31 0gos..hari kemerdekaan negara kita..bawak ni,nanti masa nyanyi kat perhimpunan boleh kibarkan..nyanyi sungguh-sungguh..kena semangat..ayah mengingatkan..
baik..aku mengangguk setuju
tapi kenapa satu je?
eh?cukup la tuh,nak bawak banyak-banyak buat apa??nak jual??hehe..ayah tertawa..
tak da la..mesti ada kawan yang terlupa nak bawak kan...nak kongsi la..
owhh..ayah ke bilik..
nah amik ni..bagi kawan-kawan..
saban tahun sememangnya rumah kami pasti mengibarkan jalur gemilang tika hari lahir malaysia menjelma..
jangan sampai ilangkan bendera tuh,ibu mengingatkan..
baik..aku lalu berjalan ke arah tempat perhentian bas..menunggu bas untuk ke sekolah seperti hari-hari kemarinnya..
di bilik audio sekolah,kaset dimasukkan ke dalam radio dan di tengah-tengah perhimpunan,lagu pembakar tiap jiwa bergema~
MARI KITA SELURUH WARGA NEGARA,
RAMAI-RAMAI MENYAMBUT HARI MERDEKA
MERDEKA!!!
TIGA SATU BULAN LAPAN..LIMA PULUH TUJUH
HARI MULIA NEGARA KU MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..MERDEKA..JENG3..MERDEKA!!suara anak-anak kecil nyaring halus memenuhi ruang tapak perhimpunan pagi itu..
di barisan anak-anak perempuan,terlihat kelibat wani mengibarkan bendera dengan penuh semangat..terasa puas hati ku melihat bendera yang ku berikan padanya diguna sebaik-baiknya..tiba-tiba dia mengerling dan mulut nya tergerak-gerak seperti ingin mengatakan sesuatu padaku..
namun dari gerak bibir itu,aku mengerti maksudnya..
syafiq..nyanyii.nyanyii..
yea..memang itu yang dia mahu..aku terus bersemangat..lagu-lagu merdeka ku nyanyi kan menggunakan suara perut tadi kini bertukar menjadi suara tekak..kini aku terjerit-jerit seperti kanak-kanak lain..tidak langsung mengedahkan tentang lantunan vokal yang sememangnya sangat merosak lagu..
LATIHAN KEBAKARAN
grrringgggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!
loceng yang sangat panjang..dan loceng itu benar2 memukul jiwa..tiba-tiba seorang dari sahabat yang duduk berhampiran tika aku bermain dam aji bersuara..
kenapa loceng ni panjang sangat ye..pelik..selalu loceng rehat tak panjang cam ni,.ini baru pukul 9.00..masih jauh jaraknya dengan waktu rehat yang dijadual seperti hari-hari sebelumnya..
tiba-tiba seorang guru muncul di muka pintu
hea kamu..tunggu apa di sini..nak rentung dijilat api ye..
kami memandang sesama sendiri sukar mengerti..namun kami bangun perlahan-lahan mengemas beg dan buku..lalu mengalas beg tadi.. mahu keluar..
heaa awak2 ni nak pegi mana beg tu..
kami nak balik la,cikgu kata tadi ada api..kami takut la beg kami dijilat api..beg baru ni cikgu..beli pun pakai duit raya yang kami kumpul..
hea budak2 nie..letak balik beg awak..cepat..beratur luar kelas..ha jalan berdua-dua ke padang belakang blok F tuh ye..dan kami hanya menurut tanpa banyak soal..
di padang,setiap kelas dikhendaki mengira bilangan anggota kelas bagi mengesahkan mungkin ada kalangan ahli yang tak mencukupi..setiap ketua kelas terpekik-pekik dari depan..dan kami hanya membalas ada..ada.. dan ada..aku menoleh kelas lain..mencari kanak-kanak comel manis bernama wani..tidak kelihatan.. di mana wani..tidak sehat kah??
DI PASAR MALAM
tangan ku dipimpin ibu..ibu dan ku memang rapat benar..mungkin kerna aku satu-satu anak lelakinya..anak sulungnya juga..maka dijaganya baik-baik..
tiba-tiba..
syafiq..namaku dipanggil dan aku menoleh...
eh wanii..kelihatan dia sedang membantu bondanya menjual nasi lemak..dan aku lalu memandang ibu..
ibu nak nasi lemak ni..nak 3 bungkus..
ibu tersenyum..ibu tahu aku memang suka kan nasi lemak..dan dia mengeluarkan duit tanpa berfikir-fikir..
ni duitnya..ibu memberikan pada mak wani..
dan kami berpandangan tersenyum..tiba-tiba wani menepis jari-jemari maknya,
eah..takpa la kak..anggap sahaja nasi lemak ni kami belanja..tak perlu bayar..ibu terkejut..
aku juga..
ea takpa..kalau camni susah nanti..tak untung..ibu ku bersuara..
tak pe kak..ini percubaan..akak rasa..kalau sedap,akak boleh datang lagi beli di sini..nasi ni air tangan wani tau..
apa?ibu terkejut sekali lagi,
aku turut sama..kami berpadangan bagai tidak percaya..
setelah ucapan terima kasih yang hanya dihulur,kami berlalu pergi..
dan aku menoleh wani..
lambaianya tadi ku balas dengan secangkir senyuman tanda persahabatan ini tidak akan pernah putus..
HARI GOTONG-ROYONG SEKOLAH..
hatiku benar-benar rindu..rindu yang sangat dalam..adakah ini dinamakan cinta..aku termenung jauh..memerhati rakan-rakan kelas turut sama mencabut rumput..cuaca pagi yang baik dan mendamaikan..angin lembut menghembus tubuh mereka kala peluh merenjis..mungkin ini perkhabaran dari langit yang bakal dikunjungi awan hitam sebagai tetamu..dan pertemuan itu menitikkan titis-titis hujan..mungkin air mata sang langit yang rindukan sang awan kerana sudah lama tidak bersua ..dan hatiku juga seperti itu..saat ini..
wani..di manakah wani..lama benar tak melihat wajah bulat comel manis itu..tiba-tiba bahuku di sentuh..
awak syafiq kan..
ye ..
ni ada surat dari seseorang..
nah..
aku mengambil dan kanak-kanak perempuan yang agak tinggi dari ku itu berlalu..
FROM WANI,
TO SYAFIQ
assalammualikum,
hye..awak apa khabar?sihat?kenapa muram ni..saya tahu awak mesti tengah rindukan saya..kan2..betul tak?syafiq bila awak baca surat ni..mungkin saya dah tak da kat dunia ni..so saya tak nak awak menangis..janji jangan menangis depan surat ni.saya tak nampak tapi Allah nampak..saya tahu awak mesti pelik saya tak datang kelas masa hari latihan kebakaran tuh kan..sebenarnya kepala saya sakit sangat hari tu..bila saya ajak mak saya pegi hospital dan pergi chek doktor,dia kata saya menghidap barah otak di tahap akhir..tak da peluang untuk merawat saya lagi..sejak tuh..saya memang tak larat untuk ke kelas..
awak,awak ingat tak masa awak nak beli nasi lemak kat saya..awak tau,hari tuh..hari jadi saya..jadi saya tak mahu awak bayar..sebab tu saya belanja awak...awak..tuh je yang mampu saya buat untuk balas jasa awak yang sanggup bersahabat dengan saya..saya tak pernah ada kawan laki selain awak sebelum ni..mungkin mereka jijik melihat budak miskin macam saya..sebenarnya saya nak datang ke sekolah hari tu..saya nak buat kek untuk awak..tapi saya tak larat..tapi malam tu,saya bosan..jadi saya ke pasar malam temankan mak saya berniaga..mak saya marah sangat..dia suruh saya duduk rumah rehat..bila saya sakit camni,saya dapat lihat perubahan pada ayah saya..ayah saya tak mabuk lagi..alhamdulillah..kalau memang ketentuan ini dapat merubah ayah saya..saya rela nyawa ini di ambil..
syafiq..awak suka tak kawan dengan saya??dari dulu saya nak tanya benda ni,tapi tak pernah ingat..bila saya dekat dengan awak..saya lupa semua benda..syafiq sebenarnya saya suka kat awak..tapi saya malu nak cakap..awak mesti kata saya perasan..tapi betul..saya tak tipu awak..mungkin kita memang tak ditakdirkan bersama..saya redha..
last sekali saya nak cakap ni,awak jaga diri baik-baik ye..belajar rajin-rajin..makan banyak-banyak..bendera awak tuh saya dah pulangkan balik pada kawan saya,nanti awak mintak kat dia..dan rm30 ringgit duit perkhemahan tu..saya tau awak tipu masa tu..tapi saya tak nak kecewakan awak,jadi saya ikut je camping tu..awak amik ye duit tuh sebab saya tak mahu berhutang apa-apa kat awak..okeh,tu je saya nak cakap..ha..jangan nangis..kan saya dah kata jangan nangis awak..kalau awak nangis,saya pun akan nangis..saya tak dapat nak bagi awak sapu tangan untuk kesat air mata awak cam awak kesat air mata saya dulu..syafiq..semoga kita bertemu lagi di lain masa..
sekian,
yang benar,
wani comel
aku kaku..membisu..hatiku pedih lagi..dulu pernah seperti ini..dan kali ini..
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....aku menjerit bagai hilang arah..tong sampah di kaki lima ku sepak semahu-mahunya..ku ambil kerusi lalu menghempas ke tong sampah tadi sehingga pecah..aku benar-benar gila saat itu..air mata ku tidak mampu dibendung sejak tadi..surat itu telah dulu ditumpahi air matanya sebelum ku,dan aku tidak langsung tahu atau ambil tahu sebelum ini..guru-guru datang menenangkan ku..aku menangis teresak-esak..
cikguu..wani saya cikguuu....waniii.... sayaaa!!!!!!!!!!!!!!
kembalikan wanii saya cikguuuu....kembalikannn....
saya ada hutang dengan dia cikguu...saya nak jumpa dia..saya nak bayar duit nasi lemak dia cikgu...
cikguuu tolonggg saya....saya tak sanggup hilang dia...
aku terus meraung dan meraung..kawan-kawan di situ turut sama menangis menemani air mataku tadi..
CIKGUUUUUUU!!!!!!!!SAYA NAK WANIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
aku memandang blog ku..termenung lama..teringat kisah silam barangkali buat hatiku sebak..namun hidup memang harus dijalani biarpun ia sukar..sukar hidup itu buat kita mengerti siapa kita..di mana kita..dan mampukah kita mengendali hari-hari ke depan.selemah manapun kita,pasti ada kekuatan yang tersembunyi yang harus dicari..dan kekuatan itulah yang menemani kita pada hari-hari mendatang..namun doa2 ini tidak akan pernah luput buat insan-insan yang telah tiada..
|